TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGUNJUNG...

Terdapat beberapa keistimewaan yang anda perolehi jika anda membeli sebarang jenis produk disini iaitu ;


1. Banyak pilihan dari pelbagai jenama / keluaran

2. Harga yang ditawarkan sangat berbaloi.

3. Mudah serta cepat... setelah bayaran penuh di terima dan disahkan, pesanan anda akan diproses serta merta (terma dan syarat, sila rujuk pada 'Cara Membuat Pesanan')

4. Terjamin. Kami berniaga secara telus dan jujur (rujuk terma dan syarat pembelian) jadi anda tidak perlu risau tentang kemungkinan berlakunya penipuan...Walaubagaimanapun jika anda masih berasa ragu, anda dinasihatkan supaya jangan membeli.

Jadi, tengok-tengok la dulu kalau2 ada produk yang berkenan dihati...terima kasih

********************************************************



Sunday, August 29, 2010

*** SET BERSALIN PELBAGAI JENAMA



JAMU BERSALIN NYONYA MANEER
HARGA ; RM 65.00 (STOK TERHAD)

Set Bersalin ini lengkap dengan;
  • Jamu dalam pantang cukup 44 hari
  • Param (Bedak sapuan badan)
  • Pilis (Disapu di dahi)
  • Tapel (Pakai sebelum memakai barut)
  • Minyak Telon (utk bayi)
  • Minyak Kayu putih (utk ibu)
**************************************



SET BERSALIN NR

Harga Biasa ; RM 365.00

Harga Promosi ; RM 320.00 Sahaja


Produk Yang Terdapat Dalam Set Serta Cara Penggunaannya ;
1. MINYAK HERBANIKA Sapuan MINYAK HERBANIKA untuk bersalin normal dan secara pembedahan (caesarian) di wad.


Selepas keluar dari bilik bersalin (semasa dalam wad)

Gosokkan MINYAK HERBANIKA dengan tipis ke bahagian kulit kepala serta tengkuk dan bahu anda. Ikat rambut dengan rapi.
(Ini membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan an ak dan melegakan bagi yang melahirkan secara pembedahan.)
Sapurata MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut, ari-ari (kecuali bahagian pembedahan), tundun sulit, peha, celahan peha, pinggul, pinggang, lutut, belakang lutut, betis dan tapak kaki. Pakaikan stokin.
(Ini membantu melembutkan urat saraf dan otot yang tegang semasa peneranan berlaku atau kurang pergerakan semasa proses pembedahan dan membantu melancarkan aliran darah)

Untuk bersalin normal:
Kemudian, tuangkan MINYAK HERBANIKA ke bahagian sulit (biar minyak mengalir ke celahan sulit ke bahagian episiotomi / luka jahitan) dan tuangkan ke atas pad/ tuala sanitari. Pakai dengan selesa.
Untuk bersalin secara pembedahan:
Gunakan MINYAK HERBANIKA ke atas pad/tuala sanitari dengan selesa.
(Ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan, memecahkan pengumpulan angin di usus serta rahim dan mengecutkan rahim secara luaran)
Bengkung ringan dengan MINYAK HERBANIKA semasa di wad.
Bagi kelahiran normal:
Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang, disyorkan penggunaan Strap-On Binder dengan ringan dan rapi. (Strap-On Binder/Bengkung Moden yang mudah didapati di farmasi)
Bagi kelahiran secara pembedahan:
Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang kecuali bahagian pembedahan. Pastikan kegunaan Strap-On Binder yang ringan dan melepasi tundun sulit anda tanpa memberi penekanan di bahagian pembedahan. Anda boleh teruskan amalan berbengkung secara ini selama 2 minggu sebagai langkah penjagaan awal.
Perhatian :

MINYAK HERBANIKA boleh digunakan untuk berurut semasa dalam pantang.


2. UNCANG CUCI HERBANIKA



Bercebok bahagian sulit untuk bersalin normal, lakukan semasa di wad dan di rumah.
  1. Masukkan 2 genggam garam dan 2 paket UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam sebekas air suam panas.Tekankan paket agarpati yang pekat keluar.
  2. Lakukan cucian serta cebok di bahagian sulit dan luka jahitan anda.
  3. Lap sehingga kering dan sapukan MINYAK HERBANIKA ke bahagian luka jahitan/episiotomi dan tuangkan ia ke atas pad atau tuala sanitar.
Bercebok bahagian sulit untuk bersalin secara pembedahan, lakukan semasa di wad dan di rumah.

  1. Rendamkan 1 paket UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam bekas atau semangkuk air suam panas. Tekankan paket agar pati herba yang pekat keluar.
  2. Cebok dan cuci di bahagian sulit sehingga bersih dan lap sehingga kering.
  3. Tuangkan MINYAK HERBANIKA ke atas pad atau tuala sanitari anda untuk melancarkan keluaran darah nifas dan mengatasi masalah rengat atau ketidakselesaan di bahagian perut.
Uncang Cuci Herbanika boleh direbus bersama Daun Sireh, Inai, Daun Pandan, Serai Wangi, Halia Tua, Halba dan Garam untuk dijadikan Mandian Herba ibu bersalin selama 14 hari,30 hari atau sehingga 44 hari.

Uncang Cuci Herbanika membantu menghindari daripada jangkitan kuman (infeksi), kegatalan kulit, atasi darah berbau, menghindari dan menyembuhkan luka, kudis, nanah, masalah berair dan mempercepatkan penyembuhan luka jahitan/episiotomi. Sebagai Mandian Herba, ia memelihara kulit agar segar, mantap dan tidak mudah dimasuki angin sejuk.

3. AKAR HERBANIKA



Untuk Minuman Antioksidan

Semasa di wad bersalin :
Minum 2 - 4 gelas / mug sehari atau 3 - 6 cawan sehari:
Rendam 2 paket AKAR HERBANIKA dalam flask atau thermos air panas yang mendidih sehingga ia keluar pati herba teh sederhana pekat. Setiap kali minum masukkan 1 sudu teh atau 1 sudu besar Madu Lebah Asli sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau sejuk.
(2 paket boleh diulangi rendam beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, gantikan dengan paket yang baru).

Di rumah - buat pilihan Rendam atau Rebus:
Disyorkan rebus 2 - 3 paket AKAR HERBANIKA dalam 1 liter air atau secerek air sehingga mendidih.Tuangkan ke dalam flask atau thermos dan setiap kali minum, masukkan 1 sudu teh atau 1 sudu besar Madu Lebah Asli sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau suam sejuk.
(2 paket boleh diulangi beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, gantikan dengan paket yang baru).

Minuman antioksidan ini membantu menyegarkan urat saraf, memperbanyakkan pengeluaran susu ibu, mengurangkan air berlebihan dalam badan atau atasi Retensi Air, melawaskan sistem pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lemak degil serta mengatasi keletihan dan sakit sendi serta sejuk-sejuk dan juga mengawal bau badan. Boleh ditambah Serai (ketuk), 2 inci Halia Tua (ketuk), 1 sudu besar Halba dan Daun Pandan, - 2 helai diikat.


4. PHYTONATAL



Tablet Pembersih Rapi Dalaman
Bagi ibu yang bersalin normal boleh mula makan tablet PHYTONATAL pada hari ke 4 dan yang bersalin secara pembedahan mula makan pada hari ke 7.

Lawas Buang Air Besar - Normal
PHYTONATAL 2 - 4 tablet

Tidak Lawas Buang Air Besar - Sembelit
PHYTONATAL 4 - 10 tablet

Terlalu Lawas Buang Air Besar - Sensitif
PHYTONATAL 1 -2 tablet

PhytoNatal membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendiran dan mengatasi angin meroyan serta kemurungan, mengeluarkan darah kotoran dalam sistem badan, menyegarkan fungsi rahim serta memperbanyakkan serta melancarkan pengeluaran air susu ibu. Ia juga menambahkan daya tenaga semasa dalam pantang, mengimbangi kembali sistem badan, membantu membuang lemak berlebihan, mengatasi sakit anggota, kembung perut dan melawaskan sistem pembuangan air besar serta air kecil. Ia juga mempercepatkan pengecutan rahim dengan melancarkan pengeluaran darah nifas dan membantu mengekalkan kecantikan bentuk badan yang sihat, mantap serta membantu menyerikan wajah.

Cara Pengambilan:

Disyorkan pengambilan pada setiap waktu pagi (selepas sarapan) untuk melawaskan sistem pembuangan air besar anda pada sebelah awal petang supaya tidak mengganggu waktu tidur anda pada sebelah malam.


5. KRIM HERBANIKA BARUT



Bagi kelahiran normal:
Guna KRIM HERBANIKA BARUT pada hari ke-4 sehingga 44 hari (Disyorkan selama 60 hari)

Bagi kelahiran secara pembedahan:
Guna KRIM HERBANIKA BARUT pada hari ke - 15 sehingga 44 hari (Disyorkan selama 60 hari):


  1. Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang, sapu rata KRIM HERBANIKA BARUT di perut, ari-ari, pinggang, pinggul serta atas peha.
  2. Gunakan Strap-On Binder (Bengkung Moden yang mudah didapati di farmasi) atau Bengkung Tradisional (jenis Kain Barut) dengan kemas, kejab dan rapi.
  3. Pastikan Kain Barut atau Bengkung dari paras bawah payudara sehingga melepasi atas peha bagi mendapatkan bentuk badan yang ramping, tidak kembang, kemas dan mantap.
  4. Gunakan bengkung dari waktu pagi sehingga lewat petang.
  5. Sapu semula seperti di atas dan gunakan bengkung semalaman.
Sangat berkesan untuk mengatasi perut lembik, besar, buncit, menggeleber, kembang dan kendur. Ia membantu mengempiskan serta mengejabkan perut, merampingkan pinggang, mengatasi jaluran serta parut pada kulit dan mengecutkan rahim secara luaran dengan membantu melancarkan peraliran nifas serta darah busuk dari saluran rahim. Ia juga dapat mengatasi pembengkakan luaran anggota badan.



6. HERBANIKA LULUR



Bagi rawatan di rumah untuk kelahiran normal dan pembedahan:

Dimula pada hari ke 3



  1. Sebelum mandi, ambil 1 - 2 sudu besar HERBANIKA LULUR digaul sederhana cair dengan air suam.
  2. Sapu rata ke seluruh badan, lakukan gosokan atau lulur semasa ia separa kering sehingga bersih. Elakkan lulur di bahagian payudara serta perut secara kasar atau menyental. Lakukan dengan lembut dan berhati-hati.
  3. Elakkan lulur di bahagian puting payudara yang berkulit sensitif akibat penyusuan.
  4. Mandi dan bilas dengan bersih (gunakan Mandian Herba untuk badan anda).
  5. Ulangi amalan lulur ini setiap hari selama 30 hari ke 44 hari untuk mendapatkan kesan yang baik.

Ia akan menghilangkan daki, menghaluskan kulit yang kasar, mencerahkan kulit yang berpigmentasi kehitaman atau jeragat, mengatasi ketegangan otot, mengecutkan bentuk badan yang kembang atau sembab angin dan mengatasi sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan di samping mengelakkan kemasukan angin sejuk. Ia mengembalikan kemantapan kulit ibu dalam pantang bersalin dengan memecahkan lemak degil serta angin lendir, mengecutkan bengkak sendi, otot, urat saraf dan mengatasi masalah Bengkak Vena atau Vena Varikos. Membantu menegangkan payudara yang kendur dan atasi penyumbatan pada payudara.

CADANGAN PEMAKANAN SEIMBANG SEMASA DALAM PANTANG ;


  1. Nasi panas sederhana lembut, bubur nasi, spagetti, pasta dan makaroni.
  2. Sayur-sayuran yang disyorkan ialah bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia, lengkuas, daun dan bunga kunyit, ulaman lemuni, ulaman pegaga, daun pudina, daun kari, brokoli, lobak, sawi dan serai.
  3. Ikan segar yang disyorkan ialah ikan merah, tenggiri, haruan, jenahak, selar kuning, kerisi, kurau, kerapu, siakap, kod, bawal putih dan senangin.
  4. Makanan bijirin iaitu gandum, oats, empingan jagung / corn flakes, bran, muesli, beras merah, beras perang, kismis kuning dan hitam, kekacang soya (tauhu, tempe dan tofu), kekacang badam, walnut, makadamia, gajus dan bijan, roti putih, roti wholemeal / wholegrains, roti canai, chapati, tosei, roti puri dan kari.
  5. Buah-buahan yang boleh disyorkan ialah epal merah, oren manis, limau manis, kurma, kurma merah / red dates, buah zaitun, buah tin (fig), delima, pir, pic, aprikot, strawberi, anggur (jangan berlebihan boleh akibatkan batuk), jus epal, ribena dan sirap.
- Minuman berkhasiat disyorkan susu, susu soya, horlicks, milo dan akar herbanika.
- Gunakan pemanis iaitu madu lebah asli, gula merah, gula perang dan raw sugar.

- Teruskan amalan vitamin sebagai suplimen anda semasa menyusu bayi.

************************************************
AFIAT

AFIAT UBAT BERSALIN

Harga Biasa ; RM 85.90

Harga Promosi ; RM 80.00 Sahaja

Ubat bersalin ini serba lengkap untuk 44 hari.Isi-isi yang terkandung didalam set ini ialah:

MINYAK AFIAT ( 250 ml ) Untuk urutan wanita lepas bersalin. Lain-lain kegunaan ; lenguh-lenguh sendi, sengal-sengal tulang, luka-luka kecil, gigitan serangga, salah urat, tergeliat, terkena api dan titisan air panas. Untuk digosok di tempat yang sakit bahagian luaran sahaja.

GEL MANDIAN SERAI WANGI (125 ml)
Diadun khas dengan Serai Wangi yang bersifat aromaterapi untuk menyegarkan kulit badan. Khasiatnya sama seperti mandi lulur iaitu untuk menaikkan seri kulit untuk digunakan semasa mandi.

FEMININE CARE (PENCUCI WANITA) (60 ml)
Campuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita, memberi lapisan perlindungan dan mengurangkan kegatalan dengan mengekalkan pH di bahagian sulit.

BEDAK HANGAT AFIAT ( 100 g) Digunakan selepas mandi; pagi dan petang. Caranya ialah dengan mencampurkan Bedak Hangat dengan air dan sapukan ke seluruh badan. Khasiatnya untuk memanaskan badan selepas mandi.

PIL JAMU AFIAT ( 528 biji )
Untuk dimakan selepas bersalin. Makan 12 biji sehari – 4 biji pagi, 4 biji tengahari & 4 biji malam. Khasiatnya untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan.

AKAR KAYU PERIUK AFIAT ( 100 g )
Direbus dengan air dengan sukatan anggaran 200 ml. Minum airnya segelas; 2 kali sehari selepas 20 hari bersalin. Khasiatnya untuk menyegarkan tubuh dan menambahkan tenaga.

BARUT AFIAT Dipakai untuk wanita selepas bersalin bagi melangsingkan badan. Caranya ialah dengan terlebih dahulu menyapukan perut dengan kapur bercampur limau nipis ataupun Minyak Afiat. Kemudian ikat tali Barut Berubat pada ari-ari (di bawah pusat). Pakai bengkung untuk memperkemaskan kedudukan barut tadi. Pakai Barut ini seharian dan amalkan pemakaiannya selama 44 hari.

BALM AFIAT
Disapu pada pusat bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan.

MAKJUN BAWANG PUTIH
Untuk dimakan selepas habis tempoh pantang. Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam. Khasiatnya ialah untuk penambahan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.

TALI PEMBENTAN AFIAT
Dipakai pada pergelangan tangan kanan ibu


******************************************************
ERA EDAR - SALINDAH

SALINDAH
Harga Biasa ; RM 370.00

Harga Promosi ; RM 330.00
Sahaja

"Set Lengkap Rencana Pemakanan Dan Rawatan Ibu Hamil Dari Awal Kehamilan Sehingga Habis Pantang"
Ada wanita hamil yang mula mengalami masalah dari awal mengandung sehingga lepas bersalin.Bermula dengan alahan pada awal trimester pertama mengandung kemudian masalah praeklampsia yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan anak, sehinggalah ada yang menghidap masalah meroyan selepas bersalin.Pengalaman yang tidak menyeronokan ini boleh memberi kesan trauma kepada ibu-ibu tadi untuk menempuh pengalaman mengandung untuk kesekian kalinya.Seharusnya pengalaman mengandung dan bersalin merupakan saat-saat yang wajar dinikmati penuh dengan rasa gembira dan selesa tetapi hakikatnya tidak semua wanita bertuah dapat menikmati detik seperti itu.
Menyedari masalah tersebut memerlukan satu penyelesaian yang positif,maka Prof. Dr. Azizan Hj Ismail telah berusaha membuat kajian secara ilmiah dan saintifik selama beberap tahun.Akhirnya pada tahun 1981, SALINDAH telah diperkenalkan.SALINDAH merupakan set lengkap Rencana Pemakanan Kesihatan dan Rawatan Ibu Hamil yang paling lengkap dengan tiga bulan mengandung sehingga selepas waktu pantang.Kini SALINDAH sering menjadi pilihan bakal-bakal ibu serta disyorkan oleh doktor dan bidan.Ia banyak memberi kebaikan kepada wanita hamil.

PERINGKAT HAMIL :
MULAI MINGGU KE 12 HAMIL GUNAKAN B1
KHASIAT :
Memberi zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung. Menghilangkan atau mengurangkan muntah dan loya serta alahan. Menolong tumbesaran tian. Mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi, dan lain-lain. Menghilangkan kesan jatuh atau rebah. Melancarkan aliran darah agar mencegah timbul siput urat di kaki, dan menghilangkan letih lesu.

PERINGKAT HAMIL :
MULAI MINGGU KE 24 HAMIL GUNA KAN B2
KHASIAT :
Membekalkan zat untuk tumbesaran tian serta menguatkan tulang dan membina otak tian. Menambah selera makan dan menambah darah. Menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota kaki dan tangan. Mencegah serangan sejuk dan sakit gigi. Mencegah Osteoporosis.

PERINGKAT HAMIL :
MULAI MINGGU KE 28 HAMIL GUNAKAN B3
KHASIAT :
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak yang masih dalam kandungan. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.

PERINGKAT HAMIL :
MULAI 4 MINGGU SEBELUM BERSALIN GUNAKAN B4
KHASIAT : Remedi istimewa untuk mengawal alamat sebelum jangkaan alamat palsu, menghilangkan sakit bersalin, sakit urat dan otot, menyediakan saluran peranakan dengan mengendur dan menganjalkan otot-otot pencerut kawasan saluran peranakan. Memudahkan kelahiran bayi. Menghilangkan perasaan takut dan cemas.

PERINGKAT HAMIL :
MULAI 2 MINGGU SEBELUM BERSALIN GUNAKAN
: Remedi ini melanjutkan dan menolong tindakan item B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.

PERINGKAT HAMIL :
MULAI 1 MINGGU SEBELUM BERSALIN GUNAKAN B6
KHASIAT : Remedi ini menguatkan teranan,menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepatkan dan mempermudahkan keluarnya anak, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit lepas bersalin.

GUNA :
SELEPAS BERSALIN GUNAKAN L7
KHASIAT :
Remedi cecair bagi menyembuhkan luka atau jahitan dengan cepat. Menghilangkan sakit pada luka atau jahitan. Mencegah jangkitan kuman dan penahanan. Boleh digunakan sebagai sapuan pada pusat bayi.

GUNA :
MULAI 5 JAM SELEPAS BERSALIN GUNAKAN L8
KHASIAT :
Bila keluar sahaja anak, terus makan remedi ini. Remedi ini membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.

GUNA :
MULAI HARI KEDUA SELEPAS BERSALIN GUNAKAN L9
KHASIAT: Remedi istimewa untuk menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan , menghentikan darah nifas, membetulkan urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tersebut.

GUNA :
MULAI HARI KEENAM SELEPAS BERSALIN GUNAKAN L10
KHASIAT :
Remedi ini mempercepatkan rahim dan saluran peranakan mengecut semula. Mengangkat rahim kembali ke tempat asal. Mengurangkan simpul urat biru.

GUNA :
MULAI HARI KETUJUH SELEPAS BERSALIN GUNAKAN L11
KHASIAT : Remedi tonik ini istimewa bagi memanaskan badan, menambah selera, membaiki penghadaman dan pembuangan najis. Menenangkan tidur, menghilangkan kebas-kebas, menyegarkan rahim dan alat peranakan.

GUNA ; MULAI HARI KE 21 SELEPAS BERSALIN GUNAKAN L12
KHASIAT: Remedi ini menjaga kesihatan ibu selepas bersalin agar sentiasa sihat, mengembalikan kekuatan, memulihkan alat perkelaminan dan menimbulkan kesegaran.


BILA NAK MULA AMBIL ???

PERMULAAN hamil/3 bulan hingga bersalin:
*B1 (336 biji) -mulai 3 bulan (minggu 12) 4 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis. *B2 (120 biji) -mulai 6 bulan (minggu 24) 2 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis. *B3 (336 biji) -mulai 7 bulan (minggu 28) 2 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis . *B4 (30 biji) -4 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari. Makan sehingga bersalin. *B5 (84 biji) -2 minggu sebelum dijangka bersalin 2 biji 3 kali sehari. Makan sehingga bersalin. *B6 (30 biji) -1 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari (Bila sakit, ambil 1 biji setiap 15 minit)

Rawatan Selepas Bersalin:

L7 (30 ml)-penggunaan luaran basahkan kapas, lekap pada luka dan pusat bayi

L8 (30 biji)-mulai 5 jam selepas bersalin 1 biji setiap jam. Makan sehingga habis. (jika melalui pembedahan,makan hari ketujuh)

L9 (16 biji)-mulai dari hari ke 2 bersalin 1 biji 4 kali sehari

L10 (96 biji) -mulai dari hari ke 6 bersalin 2 biji 3 kali sehari
L11 (220 ml)-mulai dari hari ke 7 atau diminum selepas sehari makan L10 2 sudu 3 kali sehari sebelum makan

L12 (96 biji)-mulai dari hari ke 21 atau selepas habiskan L10 makan 2 biji 2 kali sehari. Makan sehingga habis


CARA PENGAMBILAN ;

1.Tuangkan tablet ke dalam tudung botol, terus letak atas lidah dan kemam sehingga larut. 2.Jangan sentuh dengan tangan.
3.Jauhi minuman berkafein seperti kopi, cili, kari, makanan berempah sekurang-kurangnya sebulan sebelum dan selepas bersalin.
4.Jangan letak atau simpan didalam peti ais dan jauhi dari barangan elektrik
.
5.Jangan menggunakan sudu besi.




******************************
MUSTIKA RATU



JAMU SELAPAN PLUS BENGKUNG (30 Meter bernilai RM 35.00)

Harga Biasa ; RM 136.00

Harga Promosi ; RM 115.00 Sahaja

Cara Penggunaan ;
1. Tapel Raket Mustika Sejati Ditumbuk dahulu Tapel Raket kemudian di campurkan dengan 1/2 sudu kapur sirih, perahan limau nipis dan 5 titisan minyak kayu putih. Sapukan pada perut kemudian ditampal dengan daun sirih atau daun mengkudu. Ia bertujuan mengeluarkan darah kotor di samping mengencangkan kembali kulit perut.

2.
Berbengkung Selepas menyapukan Tapel Raket pada perut, boleh berbengkung secara melilit bengkung dari bawah punggung sehingga ke atas perut. Biarkan seharian. Amalkan berbengkung ini selama 40 hari berturut-turut. Berbengkung dapat mengencangkan kembali otot perut agar dapat kembali `surut` dan langsing.

3.
Pilis Wangi Ditumbuk dan dicampurkan dengan air biasa ( pekat ). Kemudian tampal diatas dahi. Biarkan Pilis Wangi sehingga kering. Ia berkhasiat menghilangkan lebam dibawah mata disamping menyegarkanya.

4. Bancar Air Susu Dicampurkan dengan air biasa, sederhana pekat. Sapukan di sekeliling payu dara. Elakkan bahagian puting, biarkan ia kering. Ia membantu melancarkan susu ibu.

5.
Parem Segar Sumyah Dicampurkan dengan air biasa dan 10 titisan minyak kayu putih. Campuran hendaklah sederhana pekat dan sapukan pada kulit badan yang terdedah seperti lengan, kaki dan leher. Ia memberikan kehangatan dan memgelakkan dari masuk angin.

6.Jamu Galian Parem Wangi Ambil 5 biji setiap pagi bertujuan mengeluarkan darah kotor dan melncarkan air susu ibu.

7.
Jamu Pulih Balung Sumsum Ambil 5 biji setiap petang untuk mengembalikan kesihatan ibu.

Rawatan Tradisional Untuk Bayi Menggunakan Minyak Telon Mustika Ratu

1. Lakukan urutan pada bayi selepas dia mandi. Sekiranya pusat bayi sudah luruh, titiskan minyak telon ke dalam pusat bayi dan urutkan di kawasan pusat bayi dengan menggunakan ibu jari dengan lembut. Lakukan gerakan secara membulat sebanyak 7 kali sebelum ibu jari di pusingkan kembali.


2. Urut juga bahagian tapak kaki bayi perlahan-lahan agar badan si kecil tidak di masuki angin. Setelah mengurut lembut kawasan lutut dan betis, beralih ke belakang badan dan urut menggunakan jari dan tapak tangan anda. Sekiranya bayi anda mengalami masaalah senak perut, sebaiknya urut di celah piggul bayi agar dia kembali selasa.

Rawatan Menggunakan Jamu Kaplet Mimilan Mintuno Dan Ginasih Wash
1. Untuk anda yang hilang ghairah dalam hubungan suami, eloklah makan Jamu Kaplet Mimilan Mintuno yang di buat dari akar-akar kayu. Khasiatnya membantu mengembalikan ghairah dan juga mengencangkan otot-otot vagina dan merawat masalah keputihan.


2. Setiap kali mandi, untuk perawatan luaran, bersihkan bahagian sulit dengan Ginasih Pembersih Wanita yang dibuat dari daun sirih yang terbukti mempunyai anti septik untuk membunuh bakteria dan juga membantu merawat keputihan.
________________________________




JAMU SELAPAN

Harga Biasa ; RM 85.00

Harga Promosi ; RM 75.00

Cara Pengunaan ;
1.Tapel Raket Mustika Sejati
Tumbuk Tapel Raket terlebih dahulu, kemudian di campurkan dengan 1/2 sudu kapur sirih, perahan limau nipis dan 5 titisan minyak kayu putih. Sapukan pada perut kemudian tampal dengan daun sirih atau daun mengkudu. Ia bertujuan mengeluarkan darah kotor di samping mengencangkan kembali kulit perut.


2.
Berbengkung
Selepas menyapukan Tapel Raket pada perut, boleh berbengkung secara melilit bengkung dari bawah punggung sehingga ke atas perut. Biarkan seharian. Amalkan berbengkung ini selama 40 hari berturut-turut. Berbengkung dapat mengencangkan kembali otot perut agar dapat kembali `surut` dan langsing.


3.
Pilis Wangi
Pilis Wangi ditumbuk terlebih dahulu kemudian campurkan dengan air biasa , kacau sehingga pekat. Kemudian tampal diatas dahi biarkan sehingga kering. Ia berkhasiat menghilangkan lebam dibawah mata disamping menyegarkannya.


4.
Bancar Air Susu
Campurkan dengan air biasa, kacau sehingga sederhana pekat. Kemudian sapukan di sekeliling payu dara. Elakkan bahagian puting, biarkan ia kering. Ia membantu melancarkan susu ibu.


5.
Parem Segar Sumyah
Dicampurkan dengan air biasa dan 10 titisan minyak kayu putih. Campuran hendaklah sederhana pekat dan sapukan pada kulit badan yang terdedah seperti lengan, kaki dan leher. Ia memberikan kehangatan dan memgelakkan dari masuk angin.


6.
Jamu Galian Parem Wangi
Ambil 5 biji pil setiap pagi bertujuan mengeluarkan darah kotor dan melncarkan air susu ibu.


7.
Jamu Pulih Balung Sumsum
Ambil 5 biji pil setiap petang untuk mengembalikan kesihatan ibu.

****************************
ORANG KAMPUNG


SET BERSALIN ORANG KAMPUNG
(Set lengkap termasuk bengkung dan shaker)

Harga Biasa ; RM 168.90

Harga Promosi ; RM 145.00 Sahaja

SET BERSALIN ORANG KAMPUNG
1. Seri Lulur
2. Seri Pilis
3. Seri Susut
4. Kapsul Kacip fatimah
5. Minyak Telon
6. Minyak Gamat
7. Minyak Merah
8. Ubat Perik
9. Jeli Gamat
10. Bengkung
***************************
LEESA FORMULA

CONFINE MUM SET A

Harga Biasa ; RM 215.00

Harga Promosi = RM 199.00

Set ini diformulasikan mengikut tradisi dan budaya masyarakat Malaysia yang mempercayai khasiat ikan haruan, halia dan herba-herba tempatan.Bermutu tinggi, selamat dan berkesan dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Keistimewaan Confine Mum Set:

• Formula herba tempatan mengikut tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
• Sangat praktikal dengan cara pengunaan yang mudah serta tanpa bau yang memeningkan.
• Sesuai untuk ibu bersalin normal atau pembedahan.
• Selamat untuk ibu yang menyusukan bayi.
• Diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Cara Penggunaan ConfineMum
Mulakan penggunaan Set ConfineMum pada hari keempat selepas melahirkan termasuk untuk ibu yang bersalin melalui pembedahan.

Tablet Haruan
Ambil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi.

Tablet Prawan
Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam.

Ginger Cream
Sapukan di dahi (mengganti pilis) serta di lain-lain bahagian badan selepas mandi pagi dan petang. Baik juga dicampur dengan minyak untuk berurut.
Body Contour Gel
Sapu di perut, pinggang, pinggul dan peha sebelum berbengkung, pagi dan malam.

Minyak Telon
Sapu di perut atau mana-mana badan bayi untuk memanaskan badan dan mencegah perut kembung.
_________________________
CONFINE MUM SET B

Harga Biasa ; RM 350.00
Harga Promosi ; RM 315.00


Set ini diformulasikan mengikut tradisi dan budaya masyarakat Malaysia yang mempercayai khasiat ikan haruan, halia dan herba-herba tempatan.Bermutu tinggi, selamat dan berkesan dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Terdapat 9 jenis produk dalam set iaitu Tablet Prawan,Tablet Haruan, Cotek Emas Uncang , Ginger Cream & Body Contour Gel + Bengkung Correctuer + Minyak Telon + 2 Pek Tungku Herba .PERCUMA Beg Sandang Leesa bernilai RM69

Keistimewaan ConfineMum Set:

• Formula herba tempatan yang biasa digunakan mengikut tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
• Sangat praktikal dengan cara pengunaan yang mudah serta tanpa bau yang memeningkan.

• Sesuai untuk ibu bersalin normal atau pembedahan.

• Selamat di ambil oleh ibu- ibu menyusu bayi.

• Diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Cara Penggunaan ;

Mulakan penggunaan Set Confine Mum pada hari keempat selepas melahirkan samada bersalin normal atau melalui pembedahan.

Tablet Haruan - Ambil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi.
Tablet Prawan -
Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam.
Ginger Cream
- Sapukan pada dahi (mengganti pilis) serta bahagian-bahagian lain badan selepas mandi pada waktu pagi dan petang. Sesuai juga dicampur dengan minyak untuk berurut.
Body Contour Gel - Sapu di perut, pinggang, pinggul dan peha sebelum berbengkung, pada waktu pagi dan malam.
Bengkung Correctuer - Ikat di bahagian perut, bermula dari bawah pinggul hingga bawah payudara.
Minyak Telon
- Sapu di perut atau mana-mana badan bayi untuk memanas dan mencegah kembung.
Pek Tungku Herba - Tuam di perut & lain-lain bahagian badan setiap pagi selama 2 minggu atau sehingga 30 hari.
Cotek Emas Uncang -
Minum pagi & petang atau bila-bila masa yang disukai.

_________________________



• Ambil periuk kukus atau periuk nasi elektrik yang berkukus dan masukkan setengah airke d periuk. • Letakkan 1 bungkus Pek Tungku Herba di atas pengukus tersebut. Biarkan antara 5 - 15 minit
• Selepas mengeluarkan Pek Tungku Herba yang telah panas, sila masukkan Pek Tungku Herba ke 2 untuk dipanaskan.
• Pek Tungku Herba pertama yang sedang panas tadi dilap dengan tuala bagi mengurangkan basah wap, kemudian dituam secara cepat di perut.
• Setelah kadar panas agak selesa barulah ditungku dengan tempoh masa yang lebih lama disesuatu bahagian badan bagi memastikan khasiat herba terserap ke dalam badan.
• Apabila telah sejuk, masukkan semula ke dalam periuk kukus dan ambil Pek Tungku Herba ke 2 yang telah panas untuk digunakan.
• Ulang cara bertungku yang sama.
• Rawatan bertungku elok dilakukan pagi dan petang selama 2 minggu atau sehingga 30 hari berpantang.

_____________________



MINYAK TELON

Harga Biasa ; RM 12.00

Harga Promosi ; RM 10.00

Melegakan kembung perut serta memberi rasa hangat pada perut bayi

KEGUNAAN :
Digunakan secara tradisional untuk mencegah kemasukan angin, melegakan kembung perut serta memberi rasa hangat pada perut bayi.

CARA PENGGUNAAN :
Sapukan 5-10 titik pada dada, perut, pinggang dan telapak kaki. Boleh dipakai bila-bila masa terutama selepas mandi dan bila udara sejuk/dingin. Sapu diwaktu malam sebelum tidur untuk mengurangkan gejala bayi kencing malam. Jika bayi kembung atau senak, sapu di bawah lutut hingga kaki.

LARANGAN :
Jauhkan dari kanak-kanak dan untuk kegunaan luar sahaja.

RAMUAN : Mineral Oil, Peppermint Oil, Menthol, Nutmeg Oil, Eucalyptus Oil, BHT. Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KANDUNGAN: 24ml


*******************************
JAMU MAK DARA

















Harga RM 350.00
Kandungan Dalam Set;
  • Jamu Mak Dara Serbuk (1kotak)
  • Jamu Mak Dara kapsul (2 botol)
  • Losyen param
  • pilis
  • Bedak Sejuk
  • Rempah Mandi
  • Bengkung
  • Tungku
PANTANG!! JANGAN MINUM AIR KELAPA






Saturday, August 21, 2010

*** ANA - QASEH

QASEH KEKANDA

Harga Biasa ; RM65.00

Harga Promosi ; RM55.00
Sahaja

Minuman herba bertenaga istimewa untuk lelaki dengan gabungan makanan sunnah nabi seperti madu, zaitun, tiin, kurma, za'faran, habbatus sauda', air zam-zam dan berbagai herba terpilih seperti gingko biloba, sireh dan guarana khusus untuk kesihatan dan kekuatan dalaman dan luaran lelaki. Membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrien dan zat penting. Dihasilkan dengan piawaian Amalan Pengilangan Islamik untuk memelihara kesucian rohani produk.



QASEH ADINDA

Harga Biasa ; RM65.00

Harga Promosi ; RM55.00 Sahaja

Minuman herba bertenaga istimewa untuk wanita dengan gabungan makanan sunnah nabi seperti madu, zaitun, tiin, kurma, za'faran, habbatus sauda', air zam-zam dan berbagai herba terpilih seperti gingko biloba, sireh dan pegaga khusus untuk kesihatan dan kekuatan dalaman dan luaran wanita.Ia membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrien dan zat penting. Dihasilkan dengan piawaian Amalan Pengilangan Islam untuk memelihara kesucian rohani produk.


Tuesday, August 17, 2010

*** PRODUK-PRODUK YUSMIRA TRADING


TEH HERBA YUSMIRA


Harga Biasa ; RM 40
Harga Promosi ; RM 30 Sahaja

Fungsi Dan Kegunaan ;
Teh hijau mampu melicinkan serta mencantikkan kulit.



SLIMA CAFE PLUS PATI HALIA
(25 gm/20 Paket)

Harga Biasa; RM 45.00
Harga Promosi ; RM 35.00

Fungsi Dan Kegunaan ;

1. Mengurangkan berat badan, membuang angin & toksid dalam badan
2. Melegakan sakit kepala
3. Meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus
4. Melancarkan perjalanan darah & sistem saraf
5. Membantu sistem penghadaman
6. Membantu melegakan sakit sendi, pinggang & otot
7. Menghilangkan bau badan
8. Menambahkan tenaga



KAPSUL BSLIMA YUSMIRA (80 Kapsul)
Harga Biasa ; RM 35


Harga Promosi ; RM 25

Fungsi Dan Kegunaan ;
1. Membuang angin dan lemak dalam badan
2. Mengurangkan berat badan
3. Menurunkan kadar kolestrol dalam badan
4. Membersihkan usus dari toksin dan bakteria
5. Melancarkan peredaran darah• Menurunkan tekanan darah tinggi
6. Melegakan sakit pinggang dan sakit lutut
7. Menghilangkan bau mulut
8. Melegakan sembelit
9. Membantu menguatkan tenaga batin bagi lelaki dan wanita




SET RAWATAN PENCERAHAN COLLAGEN + PATI HALIA

Harga Biasa ; RM128.00
Harga Promosi ; RM98.00 Sahaja
Set Pencerahan Tanpa Pengelupasan..Terhangat di Pasaran









SOY COLLAGEN GOJI & GUARANA PLUS P. HALIA
Harga Biasa ;RM 49.00
Harga Promosi ; RM 39.00 Sahaja

Khasiat:

1. Memberi tenaga dan meningkatkan stamina
2. Menguatkan sistem pertahanan & daya ingatan
3. Mencerah dan mencantikkan kulit
4. Menurunkan berat badan
5. Mengawal tekanan darah dengan baik
6. Mengurangkan tahap kolestrol
7. Memastikan fiungsi hati berjalan dengan baik
8. Menerangkan mata




SOY MIRIFICA PLUS PATI HALIA

Harga Biasa ; RM49.90

Harga Promosi ; RM 39.00


Kegunaan:

  • Menganjal, menegang, mencerah & menghaluskan kulit
  • Mengurangkan garis-garis halus
  • Mengecilkan pori-pori
  • Mencegah dan merawat pertumbuhnan jerawat
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Menguatkan, menyihat dan mencantikkan kuku
  • Mengawal keguguran rambut
  • Merawat masalah keputihan dan haid yang tidak teratur
  • Mengatasi masalah yang berkaitan dengan rahim
  • Mengeratkan & mengetatkan dinding dan pintu vagina
  • Menganjal payudara yang mengendur
  • Membesarkan payudara dan mencerahkan puting


KAPSUL RESDUNG HALIA PLUS (80 Kapsul)
Harga Biasa ; RM 48.00
Harga Promosi ; RM 38.00

Sesuai digunkan untuk:Membantu melegakan resdung & gatal-gatal dimukaMembantu masalah hidung tersumbat & berairMembantu melegakan gatal-gatal hidung & bersin yang berulang.













KAPSUL KMBT HEMPEDU BUMI PLUS HALIA (80 Kapsul)
Harga Biasa ; RM 50.00
Harga Promosi ; RM 38.00
Sahaja
Digunakan secara tradisional untuk kesihatan badan dan mengimbangi kandungan gula dalam badan.















LOSYEN MUJARAB PATI HALIA (150ML)
Harga Biasa ; RM23.00
Harga Promosi ; RM 17.00


LOSYEN MUJARAB PATI HALIA (75ML)
Harga Biasa ; RM15.00
Harga Promosi ; RM 10.00 Sahaja

Fungsi:
• buang angin• buang lemak• buang selulit• masalah senggugut• sakit belakang, sakit pinggang• aktiviti kesukanan• gigitan serangga/nyamuk• sakit perut dan kembung perut• terkena api/bahan panas• sakit lutut & sendi• kebas & sengal - sengal otot• melancarkan peredaran darah yang tersumbat• melansingkan badan
* sesuai untuk seisi keluarga* tidak sesuai untuk bayi






LOSYEN MUJARAB PATI HALIA PLUS LIMAU NIPIS (160ML)
Harga Biasa ; RM 26.00
Harga Promosi ; RM18.00


LOSYEN MUJARAB PATI HALIA PLUS LIMAU NIPIS (80 ML)
Harga BIasa ; RM 16.00
Harga Promosi ; RM 11.00 Sahaja

Fungsi:•
buang angin• buang lemak• buang selulit• masalah senggugut• sakit belakang, sakit pinggang• aktiviti kesukanan• gigitan serangga/nyamuk• sakit perut dan kembung perut• terkena api/bahan panas• sakit lutut & sendi• kebas & sengal - sengal otot• melancarkan peredaran darah yang tersumbat• melansingkan badan
* sesuai untuk seisi keluarga* tidak sesuai untuk bayi

*** COCOA COLLAGEN POWER PLUS


Harga Pasaran : RM 59.90
Harga Promosi Hanya ; RM50.00

* produk ini hanya dijual 1 set ( 3 kotak ) untuk stok sebulan

KEMBALIKAN KEREMAJAAN ANDA

Produk collagen ekonomik yang amat berkesan untuk mengembalikan keremajaan wanita dan membantu menjaga kehebatan wanita luar dan dalaman.

Koko Pra campuran adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita. Ia minuman enak lagi berkhasiat.

Cocoa Collagen Power Plus mengandungi:
Marine Collagen Membantu mengimbangi hormon,mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit
Kacip Fatimah Membantu merapatkan otot-otot rahim,faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri
Lobata Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung
Krimer bukan tenusu Membantu meningkatkan daya kesihatan anda
Dextrose monohydrate Melambatkan proses penuaan
Oligo saccharide Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan

- Kebaikan dan khasiat
- Membantu mengimbangi hormon
- Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
- Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit
- Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung
- Melambatkan proses penuaan
- Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri
- Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah
- Mencerahkan kulit secara semulajadi
- Memberikan tenaga
- Membantu mengurangkan keguguran rambut
- Melancarkan peredaran darah dalam badan
- Mengimbangi berat badan
- Meningkatkan daya penghadaman
- Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot

Saiz / Kuantiti
30 sachet (stok 1 bulan)
(25g x 10 sachet x 3 kotak)






Monday, August 16, 2010

*** JUS BIDADARI


250 ml - Harga Biasa ;RM 53.50
- Harga Promosi ; RM SM 45.00

375 ml - Harga Biasa :RM 84.00
Harga Promosi ; RM 75.00


Bidadari terhasil daripada rumusan 10 jenis ekstra tumbuhan herba iaitu sirih, manjakani,kacip fatimah, jarum emas,akar serapat,serai, asam jawa, kurma,madu dan lain-lain herba terpilih. Bidadari juga kaya protien, karbohidrat, serat dan vitamin A,B,C,D dan E. Minuman yang enak dan bernutrisi tinggi untuk remaja dan wanita terutamanya bagi mereka yang telah berumahtangga. Bidadari mampu meningkatkan tahap kesihatan dalaman dan kecantikan. Paling utama, ia sangat berkesan untuk menambah keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Cara Pengambilan ;

Minum 2 sudu besar setiap pagi dan malam. Boleh diminum sebelum atau selepas makan. Elakkan sebarang minuman lain selepas 1 jam pengambilan. Goncang sebelum diminum.